Pelopor projek emel 1Malaysia syarikat bermasalah - Malaysiakini
Projek email 1Malaysia akan diteruskan dengan sasaran 5.4 juta pengguna menjelang akhir tahun ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tricubes Berhad, Khairun Zainal Mokhtar, di sebalik kontroversi yang dihadapi projek itu, ia akan tetap dilancarkan pada Julai ini.
"Kami akan lakukan yang terbaik dan mendapatkan sasaran demografi tersebut,” katanya.
Pada taklimat media di Kuala Lumpur hari ini, Khairun juga mengesahkan agensi kerajaan akan dikenakan bayaran RM0.50 bagi setiap email yang dihantar kepada pengguna tetapi orang ramai tidak akan dikenakan sebarang bayaran.
Sasaran Tricubes adalah mendapatkan purata 900,000 pengguna setiap bulan dan mendapatkan semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun menyertainya menjelang tahun 2015.
Menurut Khairun, pengguna dijangka akan dikenakan bayaran tambahan jika mereka mahu perkhidmatan tambah nilai lain seperti email lebih 'selamat' dengan kemudahan 'encryption'.
'Secure Sockets Layer'
"Namun setting asas adalah 'Secure Sockets Layer' (SSL) yang agak selamat.
"Malah dengan email seharian dan tanpa dikenakan bayaran semuanya adalah melalui SSL. Pengguna juga boleh menghantar email peribadi kepada rakan-rakan dan ia adalah percuma,” katanya.
"Diandaikanlah saya ini pejabat pos, saya, telahpun mendapat mel dan anda juga akan dapat, tetapi jika anda mahukan keselamatan tambahan seperti menyimpan dokumen, maka di situ, akan dikenakan caj tambahan yang pengguna perlu bayar.
"Bagaimanapun, ia adalah pilihan sama ada mereka mahu dapatkan mel sulit dan selamat biasa dengan caj 50 sen atau mereka mahukan ia disimpan. Setiap satu mel itu akan dikenakan bayaran," katanya.
Khairun juga berkata untuk menggunakan email itu seseorang perlu ke mana-mana Jabatan Pendaftaran Negara bagi mendaftar.
Katanya, pengguna juga boleh melakukannya sendiri dengan menggunakan alat biometrik-USB yang perlu dibeli mereka.
Pada sidang media itu, Khairun juga berkata Tricubes telah dilantik oleh kerajaan untuk menerajui projek permulaan myemail.
"Setakat hari ini, tiada lagi agensi menyertainya. Kami sedang berbincang dengan beberapa agensi dan kini berunding dengan sebuah agensi yang merupakan pelanggan sedia ada kami dan kami berharap dapat memperolehi beberapa pelanggan menjelang hujung tahun," katanya.
Projek Emel 1Malaysia, inisiatif kewangan persendirian, diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu antara tujuh projek baharu di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Menjawab pertanyaan sama ada kerajaan akan memastikan kesemua agensi kerajaan akan melanggan perkhidmatan itu memandangkan ia merupakan projek yang dimulakan oleh kerajaan, Khairun berkata: "Saya rasa soalan itu perlu diajukan kepada agensi-agensi kerajaan dan saya fikir biarlah ia sebegitu.
"Peranan kerajaan sudah jelas dikenal pasti sebagai fasilitator."
ZarAin
Tuesday, April 26, 2011
Sunday, April 24, 2011
Saturday, October 2, 2010
Saturday, August 28, 2010
1 Malaysia
Satu perkataan yang aku mmg tak nak sebut, sentuh. Namun memandangkan dlm semangat Merdeka dan perpaduan menjelang Edul Fitri, aku sentuh jugalah.
Aku benar benar nak melihat semangat 1Malaysia itu bermula dengan :-
Aku benar benar nak melihat semangat 1Malaysia itu bermula dengan :-
- Melihat PM di pentas bersama semua 9 Menteri Besar dan 4 Ketua Menteri. bukannya duduk sebaris dengan Menteri Menteri BN sahaja sbb kemerdekaan ini bukan milik BN sahaja.
- Melihat PM Menjemput dan menghadiri Majlis Sambutan Eidul Fitr & Kebangsaan bersama MB dan Ketua Menteri, bukan dgn ahli UMNO dan BN shj.
- Melihat PM hadir bersama semua MB di Mesyuarat Raja Raja.
- Setiap kali PM turun ke Negeri Negeri Pakatan Rakyat, PM melakukan kunjungan hormat ke Pejabat MB/KM PR
- Melihat semua peruntukan dan geran persekutuan kepada di Negeri Negeri PR diserahkan kepada KM/MB PR.
TAZKIRAH DI SURAU SERDANG
Keputusan majlis Fatwa pun telah mengharuskan org kafir masuk ke ruang solat. Apa masalahnya?
Tiba tiba ada menteri kata tak hormat, tak bertudung. Dia mmg kafir, dia tak wajib bertudung,
Yang awak tu tudung jambul, Org Islam yang wajib bertudung di mana saja awak tak bising, Bertudung cara awak tu, atau spesis yng bertudung ikut acara tu lagi menghina hina Islam.
Org mcm nilah yg mengelirukan org kafir kafir tu.
Jgnlah guna pulak istilah tazkirah, apa benda, bodoh sgt ke imam tu nak beri ruang kepada YB Teo Nie Ching tu untuk beri tazkirah.
Apa makna tazkirah tu, korang faham ke?
Dia dtg utk sampaikan sumbangan......
Tolonglah jgn sempitkan fikiran. Tolonglah....

JGN LA BODOHKAN RAKYAT
Aku selama ini berjaya menahan diri dari mengulas apa jua ttg politik di blog aku.
Tapi perkembangan terkini, media begitu memperbodohkan rakyat.
Bermula dgn cerita khatib di Pulau Pinang. Kalau media atau pihak yang mengetengahkan isu ini benar benar ikhlas, kenapa mesti menghangatkan suasana berhari hari. cara penyelesaianya amat mudah. masjid telah dikenalpasti. Imamnya telah diketahui, tetapi isu itu diulas dipanjang panjankan berhari hari. Nampak sangat nak berikan gambaran tidak cekapnya mereka yang bertanggungjawab.
Cuba fikir, mereka yang lapor tu dah dengar dan tengok siapa yg baca khutbah tu. Kalau tak tau, terus je jumpa Nazir masjid. Tentu dah yang baca tu Imam Zakaria Ahmad. Terus saja minta penjelasan dia. Bukannya tuding sana, tuding sini, buat demo dan macam macam. Kalau Ikhlas, kalau tiada motif politik.
Lagipun aku tidak nampak salahnya mendoakan org kafir supaya masuk Islam. Nabi Muhammad pun pernah berdoa supaya Omar diberi hidayah.
Tolong jgn bodohkan rakyat dgn isu murah mcm ni dan cuba lagakan Kerajaan Negeri dgn Sultan/Raja/SPBYDP.
Rakyat tidka Bodoh

Subscribe to:
Comments (Atom)