Satu perkataan yang aku mmg tak nak sebut, sentuh. Namun memandangkan dlm semangat Merdeka dan perpaduan menjelang Edul Fitri, aku sentuh jugalah.
Aku benar benar nak melihat semangat 1Malaysia itu bermula dengan :-
- Melihat PM di pentas bersama semua 9 Menteri Besar dan 4 Ketua Menteri. bukannya duduk sebaris dengan Menteri Menteri BN sahaja sbb kemerdekaan ini bukan milik BN sahaja.
- Melihat PM Menjemput dan menghadiri Majlis Sambutan Eidul Fitr & Kebangsaan bersama MB dan Ketua Menteri, bukan dgn ahli UMNO dan BN shj.
- Melihat PM hadir bersama semua MB di Mesyuarat Raja Raja.
- Setiap kali PM turun ke Negeri Negeri Pakatan Rakyat, PM melakukan kunjungan hormat ke Pejabat MB/KM PR
- Melihat semua peruntukan dan geran persekutuan kepada di Negeri Negeri PR diserahkan kepada KM/MB PR.
Bagi aku kalau benar PM ikhlas utk merealisasikan konsep 1Malaysia, maka ia harus bermula dengan 5 perkara yang aku senaraikan itu.